Follow Dashboard
Tokens?
TITLE; Short trip to De Palma Resort Kuala Selangor
01 August 2019 | 3:38 PM | 0 comments
Salam semua. 6/7 haritu baru balik dari Bagan Lalang. Hari jumaat dapat Whatsapp dari mama tanye nak pegi Kuala Selangor tak, mak booking hotel tapi uncle tak dapat pegi. So mak cakap dari burn baik bagi weol. Weol ape lagi. Haha. Never say no la. Haha. Maka 13/7 dapatla pergi hotel lagi sekali. Dan seperti biasa yang paling excited adalah Adam dan Mia.

Sabtu 13/7, tunggu daddy balik kerja. Barang semua dah packing.  Pukul 3 lebih gerak. Masa ni mama dah masak dah. Sebab daddy cakap masakla, senang tak yah cari kedai makan malam nanti. And mama bawak bekal je pegi hotel.
Pukul 4 dah sampai hotel. Ambik gambar dulu. haha. Jumpa receptionist terus dapat bilik. So easy. Bila masuk je kat dalam tengok resort cantik sangat, sebab belum pernah vacay pergi resort. So rasa teruja. Ala-ala private hotel giteww tapi rate harga satu malam sangat murah gais.

Kat sini banyak gila monyet. tapi diorang tak kacau orang pon.

Dan ni dalam hotel. Sory sangat memang takde gambar. Ni pon google je. Sebab aku suka buat story je. Haha. Tapi katil weol dapat katil single. Sobs. Lepas tu apa lagi. Tukar baju lompat dalam kolam. Kolam dia cantik. Tak ramai orang. Sampai pukul 6.30 kat dalam air tu. Haha. Lepas naik kolam tu mintak sejadah, then solat Maghrib. 

Malam tu kita orang nak tengok kelip-kelip kat kuala selangor. Dalam 15 minit je perjalanan. 


Da sampai da. Ambik gambar dulu.

Bila sampai kat sana, tengok orang beratur panjang. Rupanya kena beli tiket dulu. Satu sampan muat 4 orang harga tiket RM50. Masa tengah beratur tu ada satu group mat salleh, dia ingat kena bayar RM50 sorang. Lepastu dia pegi hulur RM200. Haha. Nasib baik orang di kaunter tu jujur dan amanah. Maka mat saleh 4 orang tu gelak-gelak je. Mentang-mentang duit Malaysia rendah. Sampai dia sanggup bagi RM200 camtu je. Setelah sekian lama beratur. Anak-anak pon dah tak behave dah. Akhirnya sampai turn kitorang. Sempat lagi ambil gambar. Ni dah nak naik sampan ni. 


So eventually this is the first time Adam dengan Mia naik sampan dan dalam gelap. Mula-mula Mia takut. Sebab memang gelap gila. Rasa  macam pelarian tau, haha. Dengan gelap nye, naik sampan senyap-senyap camtu. Haha. Mula-mula memang tak nampak apa-apa pon kat pokok. Ingatkan dah kena game dah. Tapi bila makin dekat, memang nampak kelip-kelip tu. Cuma bila ambil gambar, tak nampak apa-apa. Gelap gelita je. Lepas tu weol terus balik hotel.
Esok pagi bangun terus breakfast. My mom tak ambil package with breakfast, so aku bayar sendiri la tapi masa check out nanti je. RM15 satu kepala dewasa. Untuk breakfast harga macam tu memang rasa rugi. Hahahha. Nasib anak free. Anak dara weol tak mandi. Sejuk katanya. Abang dia mandi. Ni ig story, aku just screenshot je. Makanan dia ada Nasi lemak, bihun, Bubur, Sausage. Simple je. Tapi sedap. Cereal yang ada cornflakes and Honey star. Which is yang Mia tengah makan. Aku pon makan jugak. After that mandi lagi. Pool die memang cantik, dan tak crowded. Gambar takde sebab aku suka buat story je letak dalam IG. Kejap eh aku google.

ha ni la pool nye

Lepas makan dorang nak mandi. Aku malas sebab nak kemas beg. So diorang je mandi dengan daddy nye. Lepastu dorang mandi sampai pukul 11 pagi. baru la nampak batang hidup anak dan laki iols. Lepastu semua siap2 nak balik dah.

 Kat hotel ni ada buai. So boleh feeling-feeling Bawang Putih sikit. Haha.

Dah nak balik da. sibuk suruh ambil gambar sama-sama. Mia tu kan dia ada kasut tau. Tapi dia taknak pakai. Mengada2.

So lepas je check out, Adam nak tengok monyet kat atas bukit. Dari semalam lagi ha, sibuk nak tengok monyet. Adoi la. Dulu naik atas bukit ni boleh naik kereta kan. Sekarang dah tak boleh, kena naik lori bergerak tu. Bayaran dia RM3.00 satu kepala.
Tapi monyet kat atas buas. So aku bagi Mia dengan Adam bagi makan monyet belah bawah je. Ekcited gila Mia dengan Adam bagi monyet makan.

And lastly, lepas turun tu ambil gambar dengan burung. Ada orang india ni dia ada 4 ekor burung. Memang untuk tangkap gambar.

1 keping RM10 uols.
Adam nangis sebab kuku burung tajam. Adam tak takut burung tu pon.

Ni muka budak acah berani. Masa burung atas tangan dia, dia takut jugak. Haha

Tamat lah journey kami ke Kuala Selangor. Balik KL tu celebrate birthday Mama kat rumah. Anak mak semua bz. So weols bawak kek untuk mak. Happy Birthday Mama. We love you :)




Old things