Follow Dashboard
Tokens?
TITLE; All they need is love
16 January 2012 | 4:41 PM | 6 comments
Hello, assalamualaikum, korang da bace kan tajuk aku kat atas tu, erm, tengok la gambar kat bawah ni baru korang paham ape maksud aku sebenarnye.


Sedih kan tengok gambar ni? tak disangka2 anjing yang pada mulenye nampak macam dah nak mati, tapi lepas di jaga, anjing tu kembali sihat. aku tawu orang islam tak boleh bela anjing, aku memang taw, and aku tak pernah cakap nak bela anjing pon. cume aku sedih tengok anjing ni. bila tengok gambar kat atas ni baru aku tau anjing tu sebenarnye nak kasih sayang dan dimanje kan je. aku ingat kalau kurap camtu anjing nak mati da. rupenye aku silap.

kat kawasan perumahan aku ade 3 ekor anjing yang macam tu. nampak kurap je. aku sedih sangat bile tengok orang baling batu kat dorang. bile aku nampak budak baling batu aku marah2. tapi dorang buat bodoh je. takde guna pon aku marah. ade sekor anjing ni aku selalu nampak die kat rumah cine sebelah bustop. aku memang lalu kat sini dari aku form1 lagi, sebab nak amek bas kene lalu kawasan yang ade anjing. tapi yang peliknye, anjing2 ni tak pernah sesekali kejar aku atau menyalak dekat sebelah aku. tapi kat orang lain anjing tu buat. haha. ni cite betul taw. aku selalu tengok anjing ni dari aku 13 tahun la, dulu anjing tu sihat je, tapi mase tahun lepas aku tengok die da macam makin sakit. dan die tak duduk dalam rumah lagi. die duduk luar pagar. mungkin tuan die dah taknak bela die. tapi die setia tunggu depan pagar tu. badan die dah teruk, ade kesan luke, dan bulu2 die makin pudar. mase ni aku rase die sakit. rupenye aku baru tau sekarang yang anjing ni kurang kasih sayang.

anjing ni selalu melilau2 depan rumah tuan die, tapi tuan die tak pernah bukak. die tidur dekat satu tempat usang, memang takde sape ley tau la die tidur situ. kesian aku tengok die. aku taktau die dah makan ke belum. mungkin die akan mati macam tu je. hurmm. kalau nak tau, kawasan kejiranan aku memang banyak cine. and setiap rumah ade anjing. tapi aku pelik, kenapa letak anjing tu depan rumah, pastu tak bagi masuk rumah plak tu kalau hujan. and dorang tak letak rumah anjing untuk dorang sebagai tempat perlindungan, ala macam rumah Shiro dalam cite Shin chan tu. kalau tak nak bela, jangan gari leher die, kau bukan bagi makan pon kat anjing tu kan. kau bagi die jadi guard ko je. kau bukan belai die pon. adoi ape pon takbole la. kalau tak nak bela, buat cara taknak bela.

hoho. sorry terlebih emo, bukan ape, aku memang kesian tengok anjing2 dengan kucing2 kat kawasan perumahan aku ni. nak jaga pon tak boleh sebab mak aku tak suke banyak kucing dalam rumah. nak jaga anjing lagi tak boleh. hadoii. cuma mampu sedih jela kan. wuu.

macam ni la rupe anjing tu, sebijik, wane hitam. kesian die ;(

p/s : mesty ade orang cakap, 'aduh pasal anjing pon nak cite, ape pon takbole' or 'menggelabah je minah ni konon nak tunjuk die kesah sangat la kat anjing tu' . bla bla bla. aku tak kesah langsung ape orang nak cakap. aku pon hamba allah jugak, di cipta untuk hidup dalam muke bumi ni, same jugak dengan anjing, walaupun kite takboleh pegang dorang, tapi tak salah untuk rase belas kasihan kat dorang.


Old things | New things