Follow Dashboard
Tokens?
TITLE; Haramnya anjing itu.
07 August 2011 | 7:52 AM | 11 comments

Aku terbaca satu entry di dalam sebuah blog milik seorang perempuan bernama Candy tentang anjingnya. hati aku memang sedikit terguris membaca apa yang ditulis olehnya. aku memilih untuk tidak memberikan link blog candy kerana kemungkinan entry ini akan di copy-paste dan berkemungkinan Candy sendiri akan dikecam oleh sebilangan masyarakat sekeliling. Candy menulis di dalam blognya dalam bahasa English. ceritanya bermula begini,

-----------------------------------------------------------------

Candy 17(mengikut apa yang tertera di profile nya), menetap di satu penempatan melayu di kawasan yg dirahsiakan tempatnya. Dia memiliki 2 ekor anjing di rumahnya. seekor anjingnya(tonto) dibiarkan di hadapan rumah untuk menjaga keselamatan, dan seekor lagi seekor puppy bernama(Rocky). kadang kala dibiarkan Tonto memasuki rumahnya. tetapi Tonto seakan-akan lebih gemar duduk di luar untuk menjaga rumahnya.

Pada satu hari, Tonto telah hilang. pada fikiran Candy, Tonto mungkin ingin keluar sebentar. jadi Candy menunggu di dalam rumah. tetapi hati Candy menjadi resah kerana Tonto tidak juga pulang ke rumah pada waktu malam. Candy mencari Tonto di kawasan perumahannya. dia berasa sedih kerana apabila bertanyakan kepada jiran mengenai anjingnya, mereka seolah-olah mencebik. mungkin bagi mereka Candy tidak menghormati agama mereka kerana bertanyakan tentang anjing.

Candy tidak dapat tidur pada malam itu, hatinya bertambah resah. tetapi matanya kemudian terlelap. Candy bangun awal pada keesokan harinya untuk mencari Tonto. Candy memanggil2 nama Tonto di depan rumahnya. Candy duduk di atas kerusi di depan rumahnya untuk menunggu tonto. tiba tiba, dia terdengar bunyi, Candy terus mendongak dan melihat Tonto. hatinya berasa sangat hiba, Tonto rebah di depan rumahnya. air mata Candy berjujuran, dia berasa sangat sedih, airmata itu sesungguhnya tidak dapat ditahan.

Badan Tonto mengalami luka yang amat teruk, yaa, luka itu bukan disebabkan pergaduhan, kerana badan Tonto dilihat mengalami kesan pukulan di pipinya dan membentuk lebam, manakala di badannya seolah-olah dibaling batu dengan jarak dekat. air mata candy terus bergenang. Candy menelefon ibunya berikutan dia sudah berjumpa dengan Tonto, lantas dia membawa tonto ke vet.

Ketika tonto sedang dirawat, hati Candy memikirkan punca tonto menjadi begitu, pelbagai persoalan muncul. kemudian vet memberitahu bahawa, memang benar ada orang telah membaling batu ke arah tonto, bukan dari jarak jauh, tetapi jarak dekat. hati Candy berkecamuk. dia semakin marah dan sedih. Doktor vet memberikan beberapa pandangan, mungkin Tonto berada di dalam kotak atau dimana-mana kawasan yang membolehkan orang membaling batu dari jarak dekat dengan berulang kali.

Pada pandangan Candy pula, dia dapat merasakan bahawa ada sekumpulan budak atau remaja memukul kepala atau di bahagian mata menggunakan objek seperti kayu sehingga Tonto rebah kerana sakit, kemudian mereka membaling batu beramai-ramai kepada Tonto. ye, mungkin itu lebih tepat. hati Candy sayu, dia melihat Tonto yang seakan-akan tidak mampu lagi untuk hidup. Candy amat sedih, dia tidak mahu membuat fitnah tentang masyarakat di sekelilingnya, tetapi kepada siapa lagi? Candy juga mula berfikir kerana dia seorang sahaja yang membela anjing di kawasan itu, dan Tonto pula amat gemar menyalak mungkin membuatkan hati jiran atau anak muda di sekeliling tidak tenang.

Candy berkata lagi, bukan dia tidak suka akan melayu, tetapi dia tidak boleh menuduh sesiapa lagi kerana kawasannya tidak mempunyai ramai orang kristian, india dan cina. dan dia juga pernah terlihat ada budak-budak kecil yang pernah membaling batu ke arah Tonto. tapi Candy tidak marah kerana budak itu masih kecil. dan Candy terfikir, jika seorang kanak-kanak sudah diajar untuk membaling batu kepada anjing, kenapa tidak sekumpulan remaja. Tonto berjaya diselamatkan dan Candy mengambil langkah untuk merantai Tonto supaya dia tidak lari lagi dan Candy juga menyuruh ayah dan ibunya supaya berpindah dengan lebih cepat.


------------------------------------------------------------------------

Okay, dah habis dah cerita Candy tadi, sedihkan bila baca . tapi memang betul, aku tengok orang melayu ni nampak je anjing terus nak baling batu. kenapa ek jadi macam tu? ya aku tau, anjing memang haram dipegang, tetapi adakah hadis atau apa-apa ajaran nabi yang diajar supaya memukul anjing? anjing juga seekor haiwan, kita tidak boleh menyiksanya walaupun ianya haram. tolonglahh ubah persepsi ni.

klik untuk lihat komen dengan lebih jelas.

Okay aku bukan suka gila kat anjing, aku just tak suka orang seksa dorang. and aku ni cepat sangat kesian kat haiwan2 yg kena seksa. hmm. and kita pon tak dapat bezakan anjing mana yang liar and anjing mana yang jinak kan. tapi jangan ah suka suka je pegi baling batu ke apa. dia tak kacau korang tetibe nak baling. lagi la hati dia sakit. ishhh. yang lagi kejam pegi tembak kucing dengan anjing kat [LINK] ni. lagi takleh diterima pakai. k dah tu je. mekaseh sebab baca, byee.

hari ni nak mandikan puteh dengan comot. meoww


Old things | New things