Follow Dashboard
Tokens?
TITLE; Short trip to De Palma Resort Kuala Selangor
01 August 2019 | 3:38 PM | 0 comments
Salam semua. 6/7 haritu baru balik dari Bagan Lalang. Hari jumaat dapat Whatsapp dari mama tanye nak pegi Kuala Selangor tak, mak booking hotel tapi uncle tak dapat pegi. So mak cakap dari burn baik bagi weol. Weol ape lagi. Haha. Never say no la. Haha. Maka 13/7 dapatla pergi hotel lagi sekali. Dan seperti biasa yang paling excited adalah Adam dan Mia.

Sabtu 13/7, tunggu daddy balik kerja. Barang semua dah packing.  Pukul 3 lebih gerak. Masa ni mama dah masak dah. Sebab daddy cakap masakla, senang tak yah cari kedai makan malam nanti. And mama bawak bekal je pegi hotel.
Pukul 4 dah sampai hotel. Ambik gambar dulu. haha. Jumpa receptionist terus dapat bilik. So easy. Bila masuk je kat dalam tengok resort cantik sangat, sebab belum pernah vacay pergi resort. So rasa teruja. Ala-ala private hotel giteww tapi rate harga satu malam sangat murah gais.

Kat sini banyak gila monyet. tapi diorang tak kacau orang pon.

Dan ni dalam hotel. Sory sangat memang takde gambar. Ni pon google je. Sebab aku suka buat story je. Haha. Tapi katil weol dapat katil single. Sobs. Lepas tu apa lagi. Tukar baju lompat dalam kolam. Kolam dia cantik. Tak ramai orang. Sampai pukul 6.30 kat dalam air tu. Haha. Lepas naik kolam tu mintak sejadah, then solat Maghrib. 

Malam tu kita orang nak tengok kelip-kelip kat kuala selangor. Dalam 15 minit je perjalanan. 


Da sampai da. Ambik gambar dulu.

Bila sampai kat sana, tengok orang beratur panjang. Rupanya kena beli tiket dulu. Satu sampan muat 4 orang harga tiket RM50. Masa tengah beratur tu ada satu group mat salleh, dia ingat kena bayar RM50 sorang. Lepastu dia pegi hulur RM200. Haha. Nasib baik orang di kaunter tu jujur dan amanah. Maka mat saleh 4 orang tu gelak-gelak je. Mentang-mentang duit Malaysia rendah. Sampai dia sanggup bagi RM200 camtu je. Setelah sekian lama beratur. Anak-anak pon dah tak behave dah. Akhirnya sampai turn kitorang. Sempat lagi ambil gambar. Ni dah nak naik sampan ni. 


So eventually this is the first time Adam dengan Mia naik sampan dan dalam gelap. Mula-mula Mia takut. Sebab memang gelap gila. Rasa  macam pelarian tau, haha. Dengan gelap nye, naik sampan senyap-senyap camtu. Haha. Mula-mula memang tak nampak apa-apa pon kat pokok. Ingatkan dah kena game dah. Tapi bila makin dekat, memang nampak kelip-kelip tu. Cuma bila ambil gambar, tak nampak apa-apa. Gelap gelita je. Lepas tu weol terus balik hotel.
Esok pagi bangun terus breakfast. My mom tak ambil package with breakfast, so aku bayar sendiri la tapi masa check out nanti je. RM15 satu kepala dewasa. Untuk breakfast harga macam tu memang rasa rugi. Hahahha. Nasib anak free. Anak dara weol tak mandi. Sejuk katanya. Abang dia mandi. Ni ig story, aku just screenshot je. Makanan dia ada Nasi lemak, bihun, Bubur, Sausage. Simple je. Tapi sedap. Cereal yang ada cornflakes and Honey star. Which is yang Mia tengah makan. Aku pon makan jugak. After that mandi lagi. Pool die memang cantik, dan tak crowded. Gambar takde sebab aku suka buat story je letak dalam IG. Kejap eh aku google.

ha ni la pool nye

Lepas makan dorang nak mandi. Aku malas sebab nak kemas beg. So diorang je mandi dengan daddy nye. Lepastu dorang mandi sampai pukul 11 pagi. baru la nampak batang hidup anak dan laki iols. Lepastu semua siap2 nak balik dah.

 Kat hotel ni ada buai. So boleh feeling-feeling Bawang Putih sikit. Haha.

Dah nak balik da. sibuk suruh ambil gambar sama-sama. Mia tu kan dia ada kasut tau. Tapi dia taknak pakai. Mengada2.

So lepas je check out, Adam nak tengok monyet kat atas bukit. Dari semalam lagi ha, sibuk nak tengok monyet. Adoi la. Dulu naik atas bukit ni boleh naik kereta kan. Sekarang dah tak boleh, kena naik lori bergerak tu. Bayaran dia RM3.00 satu kepala.
Tapi monyet kat atas buas. So aku bagi Mia dengan Adam bagi makan monyet belah bawah je. Ekcited gila Mia dengan Adam bagi monyet makan.

And lastly, lepas turun tu ambil gambar dengan burung. Ada orang india ni dia ada 4 ekor burung. Memang untuk tangkap gambar.

1 keping RM10 uols.
Adam nangis sebab kuku burung tajam. Adam tak takut burung tu pon.

Ni muka budak acah berani. Masa burung atas tangan dia, dia takut jugak. Haha

Tamat lah journey kami ke Kuala Selangor. Balik KL tu celebrate birthday Mama kat rumah. Anak mak semua bz. So weols bawak kek untuk mak. Happy Birthday Mama. We love you :)



TITLE; Bercuti di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang
| 12:16 PM | 0 comments
Hi everyone, today aku nak cerita pasal vacation pegi bagan lalang. Hubby buat unplanned vacation, dia cakap saje nak bawak family jalan-jalan. Hubby cakap tak nak jauh, dan bukan melaka. hahaha. Kalau tak dia nak pergi hotel I-city Shah Alam je. Haha, dahla memang orang sini, cari hotel kat sini-sini je memang tak la. so survey punya survey, aku try recall hotel yang pernah mak bawak kitorang masa mak ada kursus, akhirnya aku jumpa. haha. Hotel tu nama dia Hotel Seri Malaysia. Masa nak booking tu tengok harga murah gila wey, dalam RM127 macam tu satu malam 6/7/2019. Hubby terus book, dan akan bayar dikaunter hotel.

Hari sabtu, kitorang tunggu hubby balik kerja. Adam dengan Mia memang tak sabar sangat dah pergi hotel. Mia siap suruh ma jangan lupa bawak baju renang dia. haha. So everything is prepared, pukul 3 hubby balik kerja terus gerak pergi Bagan Lalang. Dan sampai dalam pukul 5 sebab jem sikit.

Bila sampai dapat bilik tingkat 2. Tak kisah la dapat yang mana. Maybe sebab dah full kan.


Kasi can mama posing jap. ni anak bujang ambikkan gambar.Adam dengan Mia memang nak terjun kolam je tu, terus tukar baju.

Memang menggamit memori. Terasa dulu-dulu lompat kolam dengan abang dan adik. Masa pergi ni, ada cikgu yang tengah berkursus. So memang ramai la. Lepas habis mandi, siap-siap tukar baju nak pergi makan.

Mia mesti nak duduk tengah. Dia suka ambik gambar macam mama dia. hahahhaa. so perut pon dah lapar, cari kedai makan dekat-dekat sini. terjumpa satu kedai seafood. nampak fresh je seafood dia. Kedai tu nama dia senandung malam. 



Ni yang kitorang ambil.

Ketam 2 ekor, kerang 2 bakul kecil, siakap seekor, udang 2 bakul kecil, sotong dan sayur kailan. Total semua lauk di atas ialah RM150. Ketam tu ada satu busuk, wuu nampak fresh je tau. tapi nak buat macam mana, haha. Kitorang makan ni banyak gila sampai terseksa nak habiskan. haha. bila balik hotel memang kekenyangan sangat. Then terus tidur. 

Pagi tu bangun makan breakfast. Ramai sangat orang. Pilihan makanan pon tak banyak. Gambar takde, tapi ada buat instastory je. Makanan dia Okay-okay la. Nasi goreng, kuey teow, hotdog dengan kentang. Cereal pulak ada cornflake je. Air teh tarik, kopi takde gula. Self sesrvice. Air oren sejuk dan air kosong sejuk.

Lepas habis makan tu hujan renyai-renyai. Sian mia dengan Adam asyik mintak nak mandi je, pukul 10 pagi masih hujan. Adam dah tak senang duduk. Haha. Pergi jugakla kolam renang mandi.
Punya la ramai orang. Ni semua nak check out pukul 12 la kot.

ni tengah hujan renyai-renyai tau. dalam handphone tak nampak.

Hubby mintak check out lambat sikit dalam pukul 1 atau 2, nak rehat-rehatkan badan. So lepas kemas beg dan siap-siap nak balik. Pukul 1.30 kitorang check out.

Anak bujang dan anak dara yang excited sangat ambil gambar. Mohla kite balik, sebelum tu pergi pantai belakang kejap. Sebelah pantai ada kedai makan, tapi orang tu cakap tukang masak belum sampai. Jadi, nasi lemak je yang ada. Maka kami makan la jugak sebab lapar. haha.

Gambar ni mia tolong ambil. Buat mama nampak tinggi. sebenarnya mama dia gemuk dan pendek. hahahahha. Adam bodek daddy nak layang-layang. So dapatla diorang main layang-layang sebelum balik rumah.Dalam pukul 3 gerak ke Shah Alam. Pukul 4 dah sampai rumah. Tak penat langsung. Haha. Maybe sebab dekat kan. And it was so much fun tengok anak happy, mama pon happy. TQ sangat-sangat daddy. We love youuuuu so much :)








TITLE; Change Layout
10 March 2013 | 10:01 PM | 0 comments
I changed my layout. Isn't it prettayyy? Hoho. It was so cute. Thank you the one who created it. I'm so lazy to  change the header. I just keep it still. Later I'll change it. And another one is the korea song. Damnn, I know  how to remove it, but I doesn't know how to replace it. I just hate that song. Grrr.

My auntie album wedding is almost finish :) Yeayy. Dats all for todayy.



TITLE; Blog berhabuk :)
03 March 2013 | 10:15 AM | 1 comments

Dah lame tak update belog ni. kesian die, bukan ape, dah takde mase da sekarang. aku da start belaja, amek kos BHRM ( bachelor human resource management ) just wish me luck there. da masuk sem kedua. memang kepale sakit gile sebab sem ni belaja account dengan add math. just plis mom, help me :( i dunno why i'm stuck with this subject. susah gile melampau sampai rase macam nak menangis je selalu.

I'm happy living in shah alam seksyen 7. dapat makan sedap2. tak payah masak. hoho. ade rumah sendiri. rase macam syok gile la. hepi jugak la kan. kadang2 memang stress gak. duduk sebilik 4 orang. semuanye banyak mulut macam aku. and memang tak bosan la. kitorang belum pernah gaduh satu bilik lagi. luckily semue cam oke2 je.

Aku mule kenal dengan housemate aku, Nad, Maya, Una. dorang memang baik and banyak mulut. well ade gak yang mulut cakap main lepas je. tak kesah la asalkan tak bawak gaduh. memang best la belaja ni, patutla akak aku cakap, nanti ko rase sendiri la. hee ^_^

So, aku dah dapat baucer buku, tapi yang paling sadisnye, buku aku dah beli semua. nak beli untuk sem depan, tapi tarikh tamat baucer bulan 5. gile membazir. ingatkan nak g habiskan kat popular. tapi hurmm, 20% je alat tulis dan sebagainye. kepale angguk die. aku nak beli buku ape hah gile? adoii, tensyen je aku rase.

Ermm i think thats all for today. Assalamualaikum :)

TITLE; My last day
| 10:13 AM | 0 comments

Okay actually aku habis mase 23 July hari tu, tapi malas gile nak update. best tau jadi cikgu ganti. its a wonderful memories i have there. sangat hebat, mengajar kanak2 yang comel. hoho. memang banyak yang aku belajar jadi cikgu ganti ni. memang the tough one la, aku tabik hormat dekat cikgu2 yang mengajar dengan baik.

part yang paling best, bile aku cakap ,

'today is my last day' and ade budak cakap 'ala, kenape teacher pegi'
omg, i was like so sad mase tu. sedih sangat. then aku cakap, sebab teacher kene pegi la. die tunjuk muke yang sedih sangat. wuu. i'm so miss that girl. and for 1 Uranus SK Sentul (1) thanks for the great moment you  guys have give me. althought the 1st moment i'm so hate this class sebab class ni penuh dengan budak2 nakal. rase nak geget je sume budak2 ni. haha.

Solehin, Syed Alif Kamil, Firdaus, Irfan Shah, Danish, Musyrif Najwan, Dhiyauddin, Badrul Isham, Nik Muhd Ammar, Amir Hamizan. Ohh myy precious, i'm so miss those kid. tengok la, punye rindu sampai ingat name dorang. haha.




Old things